GMM
telah memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua UPM (PBT)
bermula pada tahun 2007.
Persatuan ini juga tidak berdaftar dengan universiti. Biarpun
begitu, persatuan PBTUPM ini (sebelum tahun 2006) sebenarnya
adalah sebuah persatuan yang sangat harmoni. Tidak ada unsur,
pengaruh dan ideologi dari GMM. Sebelum ini, persatuan PBTUPM
ini bebas mengamalkan aktiviti mereka di kampus UPM. Setiap
kolej kediaman harus ada satu Persatuan Bahasa Tionghua dan
AJKnya.
Malang sekali, setelah GMM
berkuasa merampas tampuk pentadbiran PBTUPM, mahasiswa enggan
menyertai persatuan murni ini kerana ditakuti akan dipaksa
oleh ahli GMM untuk melakukan onar dan salahlaku semasa di
luar kampus.

Demi
untuk mencapai matlamat mereka, GMM telah menggunakan sayap
PBT iaitu Biro Kebajikan PBT untuk membuka kaunter kebajikan
di dalam dan di luar kampus.
Kaunter Kebajikan, janji
tinggal janji. GMM gagal meraih sokongan mahasiswa kerana
Kaunter Kebajikan tidak berkesan dalam mendapatkan ahli baru
di kalangan mahasiswa baharu.
Pernahkah GMM membela kebajikan mahasiswa dari segi pinjaman?
Masalah pendaftaran kursus? Sistem P.A.?
TIDAK. Persatuan
haram GMM ini hanya mahu mencari pengaruh semata-mata. Mereka
hanya menggunakan isu kebajikan mahasiswa hanyalah untuk
memancing simpati daripada mahasiswa, terutamanya mahasiswa
baharu yang masih mentah tentang dunia politik kampus.
FIKIRKANLAH BERSAMA....
Ingin mendapatkan
maklumat lanjut mengenai aktiviti GMM dalam menentang dasar
universiti dan mengutuk kerajaan?
Sila klik di sini.
|